Fakta-fakta Cicak Tokek

Penamaan bagi Cicak Tokek Gecko:

Nama saintifik cicak tokek gecko (Gekko gecko) dan nama keluarganya (Gekkonidae), serta semua nama-nama tempatan dan biasa tokek, adalah berasal dari pemanggilan bunyi kuatnya yang dikenali “To-kay!”. Tokek adalah cicak daripada keluarga Gekkonidae yang pertama dinamakan secara saintifik oleh Linnaeus pada tahun 1758.

Nama-nama tempatan dan umum untuk tokek telah disenaraikan seperti yang berikut:

  • “Tokay Gecko” dalam Bahasa Inggeris (atau nama vernakular).
  • “Gekko Gecko” sebagai nama saintifik / binomial.
  • “Tuko”, “Toko” atau “Tiki” di Filipina.
  • “Tokek” di Indonesia / Jawa / Melayu / Thai.
  • “Tokeh” atau “gecko” sebagai nama umum yang lain.
  • “トッケイヤモリ” dalam bahasa Jepun.

Vocalization atau Panggilan Cicak Tokek:

Tokek gecko adalah mudah dikenal pasti oleh pemanggilan bunyinya yang kuat. Panggilan tokek yang paling biasa didengar apabila tokek meninggal dalam habitat aslinya ialah panggilan yang bernada tinggi.

Panggilan nada tinggi tersebut boleh didengar dari jarak jauh, terutamanya panggilan yang dihasilkan oleh tokek jantan yang cuba manarik perhatian tokek bertina, atau memberi amaran kepada tokek jantan lain bahawa mereka telah mencerobohi kawasan kediamannya.

Panggilan mengawan tokek gecko adalah sering dikenali sebagai bunyian seperti “To-Kay! To-kay!”, “Token”, “Tock, Tock, Tock-eh!”, “Gekk-gekk!” atau “Poo-Kay!”. Panggilan unik tersebut bagi tokek gecko adalah serupa dengan panggilan yang dihasilkan oleh “Tokek Besar Hutan” (iaitu Gekko Smithii).

Cicak tokek juga boleh membuat pelbagai jenis panggilan klik dan bunyi berdecit yang berbeza. Biasanya tokek gecko merupakan spesis yang paling bising dalam keluarga cicak. Tokek bertina adalah lebih senyap dan jarang membuat panggilan kuat seperti tokek jantan.

Anda boleh menonton klip video berikut yang menunjukkan tokek memanggil dalam suara yang unik dan kuat:

Video Panggilan Cicak Tokek

Saiz Badan Cicak Tokek Gecko:

Sebagai spesis cicak yang kedua besar di keluarga gecko, tokek jantan liar yang matang boleh mencapai berat badan sehingga 326 gram (11.5 auns) dan tubuh panjan sehingga 40 cm (15.7 inci). Tubuh badan cicak tokek bertina liar adalah lebih kecil berbanding dengan tokek jantan liar, dengan purata badan panjan sehingga 28 cm (11 inci) dan berat badan sekitar 250 gram. Ia mungkin mengambil masa sehingga 3 tahun untuk sesekor cicak tokek liar yang tinggal dalam persekitaran semula jadi, untuk mencapai kematangan seksual dan saiz tubuh dewasa dengan sepenuhnya.

Saiz, Panjang and Berat Badan Cicak Tokek

Panjang dan Berat Badan Cicak Tokek Asia

Berhati-hatilah bahawa di internet terdapat banyak laporan and berita yang bercanggah mengenai saiz maksimum (iaitu berat badan dan panjang tubuh) daripada tokek dewasa. Misalnya, berita tentang penangkapan cicak tokek gergasi di salah sebuah pulau di Indonesia telah menyebabkan kontroversi atas beberapa besar sesekor tokek matang boleh mencapai di dalam kediaman semulajadinya.

Cicak Tokek Gergasi

Tokek gergasi yang pernah ditangkap di dalam hutan hujan tropikal Indonesia di pulau Borneo mempunyai berat badan sebanyak 64 kg. Tokek besar tersebut kemudiannya dijual pada harga $17.9 juta U.S dollar kepada seorang pembeli yang dilaporkan datang dari sama ada Korea Selatan atau China.

Nota: Dalam reptilia, ukuran standard panjang badan adalah diambil dari hujung hidung sehingga dubur atau bolong, dan tidak termasuk ekor. Ia disebut “Snout To Vent” (STV) or “Snout-Vent length” dalam bahasa Inggeris (Sumber: SDNHM.org’s Glosari Syarat-syarat Reptilia – http://www.sdnhm.org/fieldguide/herps/glossary.html)

Jangka Hayat Cicak Tokek:

Jangka hayat purata cicak tokek liar yang sihat adalah sekitar 7-10 tahun dalam habitat semulajadi mereka, tetapi boleh meningkat ke purata 10-20 tahun apabila tingga dalam kurungan dengan penjagaan yang betul.

Pengedaran Liar dan Habitat Semulajadi Tokek:

Cicak tokek adalah haiwan liar umum di beberapa negara-negara Asia Tenggara (contohnya Malaysia, Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Thailand dan Vietnam) dan kawasan-kawasan panas di Jepun, timur laut India dan Bangladesh, China selatan, dan utara Australia.

Oleh kerana bilangan penduduk tokek liar yang tinggi terdapat di kawasan habitat semulajadi mereka di beberapa negara-negara di Asia Tenggara, spesies cicak gecko itu tidak diklasifikasikan sebagai spesies reptilia yang dilindungi di bawah haiwan terancam. Oleh itu, ia bukanlah satu kesalahan bagi sesiapa yang menangkap dan/atau menyimpan cicak tokek di sesetengah negara-negara ini (seperti di Indonesia dan Thailand). Anda boleh menyemak dengan jabatan hidupan liar di kawasan anda untuk maklumat yang terkini tentang peraturan-peraturan perlindungan tokek di negara anda.

Pada lewat 1980-an dan awal 1990-an, cicak tokek telh diperkenalkan ke Florida, Hawaii, Martinique, Texas, Belize dan beberapa kepulauan Caribbean melalui perdagangan haiwan peliharaan, di mana ia boleh dianggap sebagai spesies invasif di kawasan tersebut hari ini.

Habitat Semulajadi Cicak Tokek Asia

Walaupun bilangan tokek liar tidak berada dalam tahap yang bahaya, penebangan hutan, pembandaran, dan perdagangan peliharaan haiwan liar secara besar-besaran mungkin akan menyusutkan populasi liar mereka. Sebagai contoh, cicak tokek liar kini jarang ditemui di Singapura oleh kerana urbanisasi yang pesat sedang berlaku di negara pulau kecil itu .

Selain itu, cicak tokek gecko juga dimakan di sesetengah negara (seperti di Thailand dan Indonesia) dimana daging adan organ-organ mereka adalah dianggap sebagai makanan istimewa / eksotik (sila menonton video klip di bawah). Permintaan yang tinggi terhadap penggunaan cicak tokek dalam perubatan tradisional Cina (TCM) serta ubat-ubatan tradisional yang lain, juga membawa kesan buruk keatas populasi liar mereka.

Restoran Cicak Tokek di Thailand

Jika jumlah cicak tokek liar meyusut dan kadar kerusutan ini berterusan, salah satu langkah baik yang boleh diambil ialah dengan memulakan penternakan spesis cicak tokek, sama seperti apa yang sedang dilakukan ke atas iguana hijau (sejenis spesis cicak gecko yang lain) di Amerika Latin.

Cicak tokek sebagai jenis spesies “arboreal” (iaitu mendiam atas pokok, kayu atau tebing) biasanya boleh ditemui di hutan hujan tropika. Mereka juga boleh mendiam di dalam rumah dan bangunan (terutamanya pada dinding dan siling dengan sumber cahaya yang akan menarik serangga pada waktu malam), dimana mereka sering bertindak sebagai kawalan serangga yang baik untuk rumah-rumah kediaman atau bangunan-bangunan tinggi (nota: cicak tokek suka makan serangga perosak dalam rumah dan bangunan).

Cicak Tokek Sebagai Spesies Arboreal

Cicak Tokek dalam Terarium (Habitat Buatan Manusia):

Apabila cicak tokek ditempatkan di Terarium, ia amat penting untuk memastikan kelembapan pada sekitaran serta titisan air untuk minumannya adalah sentiasa cukup. Ia juga penting untuk menyediakan semangkuk air bersih yang cetek di dalam Terarium itu.

Untuk membuat habitat perumahan cicak tokek serupa dengan tempat kediaman mereka yang semula jadi, landskap Terarium itu harus dilengkapkan dengan kawasan berjemur, tempat bersembunyi yang baik, dan cawangan kayu atau batu untuk mendaki. Tempat kesembunyiannya perlu dibekalkan dengan semburan titisan air yang cukup untuk memastikan kawasan tersebut adalah sentiasa lembap.

Julat suhu yang paling baik untuk cicak tokek dewasa adalah pada 25°-31°C (ataupun 77°-87°F) di hari siang, dan pada 18°-23°C (ataupun 65°-75°F) di hari malam. Sesebuah terarium yang sesuai bagi cicak tokek haruslah dilengkapi dengan alat pemanasan dibahagian bawah terarium tersebut, atau dipasangkan dengan lampu haba pada satu hujungnya, supaya membolehkan terarium tersebut memperbekalkan pelbagai suhu optimum kepada tokek yang ditempatkannya.

Melengkapi sesebuah Terarium cicak tokek dengan lampu khusus bagi melihat haiwan reptil pada waktu malam boleh menyediakan keadaan pencahayaan yang sesuai untuk tokek yang diam dalam Terarium itu. Mengenai bekalan makanan semula jadi untuk cicak tokek dalam Terarium, ia adalah termasuk cengkerik segar, anak-anak tikus yang baru lahir, cacing makanan (mealworms), pelet ayam, dan nasi.

Cicak Tokek Makan Cengkerik

Ciri-ciri Unik Lain Cicak Tokek:

  • Cicak tokek liar adalah mudah dikenal pasti melalui saiz badannya, dan bentuk istimewa bintik-bintik yang berwarna merah-jingga hingga putih-kuning pada latar belakang badannya yang berwarna biru-kelabu (untuk tokek jantan) atau kelabu (untuk tokek bertina).
  • Warna sesekor cicak tokek adalah amat penting kepada gaya hidupnya, di mana kedua-dua tokek cicak jantan dan bertina mempunyai kebolehan untuk meringankan dan menggelapkan warna kulit mereka, untuk membantu mereka menyembunyikan diri secara berkesan di dalam persekitaran kediaman mereka itu.
  • Cicak tokek akan bertindak balas dengan “ternganga”, di mana mereka akan membuka mulut mereka dengan sepenuhnya, serta mempamerkan sedutan dalam paparan agresif sebagai tindak balas kepada ancaman yang mereka namapak di sekeliling mereka. Lidah merah-kemerahan dan tekak hitam mereka akan terdedah apabila melakukan paparan menganga sebagai pertahanan mereka.
  • Jari-jari cicak tokek yang berbetuk bulatan adalah dilindungi oleh lamela (terdiri daripada rambut-rambut harus) yang membolehkan bahagian bawah jari-jari mereka “menghisap” kepada perlbagai permukaan bahan-bahan semula jadi dan buatan manusia yang termasuk dinding, kaca dan siling. Penggangkatan jari-jari cicak tokek melalui sudut 30° boleh melepaskan “sedutan” jari-jari tersebut, dan ini membolehkan cicak tokek bergerak dengan bebas diatas pelbagai permukaan bagi bahan-bahan yang berlainan.
  • Cicak tokek liar mempunyai kadar pendengaran fizikal setinggi 3-100 Hertz.
  • Ia adalah mungkin bagi seseorang melihat terus melalui pembukaan telinga yang terletak di kedua-dua belah kepala sesekor cicak tokek dewasa, sungguhpun telinga mereka hanya muncul dalam bentuk lubang-lubang kecil.
  • Cicak tokek jantan adalah amat kurang toleransi keatas pencerobohan kawasan kediaman mereka, di mana agresif di antara adik-beradik boleh mula berlaku selepas 6 bulan mereka telah dilahirkan. Kadangkala, cicak tokek dominan jantan akan melawan tokek jantan lain dan mengakibatkan kecederaan maut kepada salah seekornya atau kedua-duanya.

Sumber Rujukan:

  • deVosjoli, Philippe. 1994. The Lizard Keeper’s Handbook. Advanced Vivarium Systems. Santee. CA.
  • Das , I. 2004. Lizards of Borneo. Natural History Publications, Kota Kinabalu, Borneo
  • Aowphol, Anchalee; Thirakhupt, Kumthorn; Nabhitabhata, Jarujin; Voris, Harold K. 2006. Foraging Ecology of the Tokay Gecko, Gekko Gecko in a Residential Area in Thailand. Amphibia-Reptilia 27 (4): 491-503
  • Bauer, Aaron M.; Montri Sumontha , and Olivier S. G. Pauwels 2008. A New Red-eyed Gekko (Reptilia: Gekkonidae) from Kanchanaburi Province, Thailand. Zootaxa 1750: 32-42

Comments on this entry are closed.